Watak Tsurupika Hagemaru

Watak utama

  • Hagemaru Hageda (ハゲ田 ハゲ丸 Hageda Hagemaru)
Hagemaru merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru. Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo (ハゲ田 ハゲ蔵) dan Tsuruko (ハゲ田 つる子). Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori. Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah '0' dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.
  • Hagezo Hageda (ハゲ田 ハゲ蔵 Hageda Hagezo)
Hagezo merupakan watak kedua paling utama selepas Hagemaru dalam siri Hagemaru. Dia bapa kepada Hagemaru itu bekerja di sebuah pejabat di bandar. Ketinggiannya agak rendah berbanding dengan isterinya, Tsuruko yang lebih tinggi daripadanya. Hagezo juga mempunyai sikap kedekut seperti Hagemaru namun kurang kedekut jika dia dibandingkan dengan isterinya sendiri.
  • Tsuruko Hageda (ハゲ田 つる子 Hageda Tsuruko)
Tsuruko merupakan watak ketiga paling utama selepas Hagemaru dan Hagezo. Dia ibu kepada Hagemaru itu turut mempunyai sikap kedekut yang mana tahap kebakhilannya lebih tinggi berbanding Hagemaru dan Hagezo sendiri yang dapat dilihat menerusi perancangan kewangan dan ekonomi keluarga Hageda yang dirancang secara teliti ke dalam buku log perbelanjaan keluarga itu.Dia akan melakukan apa-apa saja demi berjimat-cermat sampai anaknya sendiri tidak tertahan dengan perangainya
  • Pesu (ペス)
Pesu merupakan anjing peliharaan keluarga Hageda. Pesu dianggap sebagai anjing serbaguna oleh keluarga Hageda yang mana Pesu juga tidak diberi makanan oleh keluarga Hageda yang kedekut itu.

Watak sampingan

  • Kondo Masaru (近藤 勝)
Kondo merupakan kawan baik dan rakan sekelas kepada Hagemaru. Kondo seorang anak kaya, kacak, tinggi, miang, dan sering menunjuk-nunjuk di hadapan Hagemaru mengenai kemewahan yang diperolehnya. Kondo mempunyai seorang kekasih iaitu Kurumi.
  • Kurumi (クルミ)
Kurumi juga merupakan rakan sekelas kepada Hagemaru. Kekasih Kurumi ialah Kondo. Kurumi ada kakak yang baru, Midori. Kurumi akan bertindak amuk jika mendapati Kondo ada mendekati gadis-gadis lain. Watak Kurumi hanya muncul di siri anime Hagemaru sahaja. Ciri-ciri yang terdapat pada Kurumi ialah berambut pendek, warna rambut coklat, rendah, dan mempunyai ikatan riben yang berwarna merah.
  • Midori (みどり)
Midori merupakan pelajar gred 3 di sekolah rendah. Maksud nama Midori ialah hijau. Hagemaru menaruh perasaan kepada Midori yang mana dia seorang yang pintar, lemah-lembut, dan cantik. Ciri-ciri yang terdapat pada Midori ialah berambut pendek, warna rambut hitam, tinggi, dan sering menemani anjingnya, Marie bersiar-siar bersamanya.
  • Sakura Sakiko (桜 咲子)
Cikgu Sakura merupakan guru kelas yang garang kepada Hagemaru di sekolah. Cikgu Sakura masih bujang dan tercari-cari teman hidupnya yang sepadan dengannya. Dalam babak-babak tertentu, Cikgu Sakura pasti memarahi Hagemaru kerana lewat ke sekolah itu.
  • Tonarida (となり田)
Atuk Tonarida merupakan jiran kepada keluarga Hageda. Atuk Tonarida dianggap oleh Hagemaru sebagai datuknya sendiri. Atuk Tonarida muncul bergandingan dengan Kak Busu dalam mengacarakan segmen "Perangai Pelik 10 Terbaik Minggu Ini" pada setiap episod.
  • Busu Neechan (ブスねーちゃん)
Kak Busu merupakan seorang kakak sekolah menengah yang gemuk serta hodoh dan mukanya seakan-akan menyerupai babi. Walau bagaimanapun, Kak Busu bergandingan dengan Atuk Tonarida dalam mengacarakan segmen "Perangai Pelik 10 Terbaik Minggu Ini" pada setiap episod.● Dewa (さはらた)Dewa merupakan kerosakan serius di Bumi. Kemarahan yang terjadi telah pun berlalu. Orang sudah tiada ke sini. Hagemaru datang lawan dengan Dewa. Hagemaru lastik duit syiling ke hidung Dewa. Kemarahan Dewa dah reda. Dewa kelihatan Hagemaru tidur sambil senyum. Dewa dah dikalahkan kerana membuat dunia baru. Dewa telah melepaskan semua orang yang hidup lagi.